Khamis, 5 Mac 2015

Diabetes Mellitus

Assalamualaikum wbt/ Salam Sejahtera

Apa Khabar?

Entri kali ni pasal Diabetes Mellitus aka kencing manis. Penyakit ni sangat popular dikalangan mereka yang berumur 35 tahun ke atas. Yang muda pun ada yang mengidap kencing manis. Kesimpulannya, Diabetes ni boleh hinggap pada sesiapa sahaja,ok? No exception. So, amaran kepada sesiapa yang makan tolak batu dan kayu , malas nak berjalan ( nak gi kedai depan rumah pun bawak kereta ke?) , kurang senaman, makan dan mengunyah tak kira masa, anda tunggu la.

Secara amnya Diabetes Mellitus terbahagi kepada 3,

1. Diabetes Mellitus Jenis 1
2. Diabetes Mellitus Jenis 2
3. Gestational Diabetes ( Diabetes Kehamilan )

So, mari kita bercakap panjang lebar berkenaan Diabetes Mellitus

1. DM jenis 1 ( DM 1)




DM jenis 1 ( DM 1) biasanya terjadi akibat serangan sistem imun badan terhadap organ pancreas yang menyebabkan kerosakan kepada sel-sel beta yang bertanggungjawab menghasilkan insulin. Bagaimanapun, sebab terjadinya tidak jelas. Oleh yang demikian , ia menyebabkan kekurangan insulin dalam badan.Secara fungsi,  Insulin bertanggungjawab mengangkut glukos ke sel-sel untuk aktiviti -aktiviti penghasilan tenaga. Kekurangan insulin menyebabkan kurangnya gula dibawa ke sel-sel dan bertambahnya glukos bebas dalam darah. Lama-kelamaan kekurangan glukos diperingkat cellular akan menyebabkan pemecahan protein dan glycogen sebagai sumber tenaga bagi sel.

DM 1 biasanya dapat dilihat pada kanak-kanak walaupun kini kita boleh jumpa kanak-kanak yang  mengidap DM 2). Ok..berbalik kepada perbincangan DM1.

Selalunya pesakit DM 1 memerlukan bantuan insulin dari luar seumur hidup mereka. Mungkin ada antara kita yang pernah berjumpa dengan rakan-rakan yang perlu mencucuk insulin beberapa kali dalam sehari. Haa....jangan pulak tuduh dia injek dadah pulop...kesian mereka ni..Tiada siapa mahu dilahirkan dengan kesusahan sebegitu.

2. DM jenis 2 ( DM 2)

Perbezaan antara DM 1 dan DM 2 ialah DM 2 melibatkan kekebalan sel terhadap hormon insulin. Bermakna, sel tidak menerima glukos yang dibawa oleh insulin. Banyak glukos akan berlegar-legar didalam darah dan tidak boleh digunakan oleh sel. Lama-kelamaan penghasilan insulin akan terganggu dan menyebabkan pancreas rosak. Organ hati ( hepar)  akan memecahkan protin dan glycogen sebagai sumber tenaga.



Antara faktor-faktor penyumbang DM 2 ialah

i.    Berat badan berlebihan ( obese)
ii.   Tabiat pemakanan yang tidak sihat
iii.  Kurang aktiviti
iv.  Sejarah keluarga
v.   Umur
vi.  Sejarah Diabetes semasa mengandung
vii. Polycystic Ovarian Syndrome ( PCOS)- penyakit yang dicirikan oleh haid yang tidak teratur,      pertumbuhan bulu rambut yang berlebihan dan obesity
viii. Tekanan darah tinggi ( Hypertension )
ix.  Kadar kolesterol yang tinggi

Jadi...adalah penting bagi mereka yang berisiko agar menjalani ujian saringan secara berkala. CEgah sebelum parah.

Selalunya pesakit DM akan diberi ubat makan (oral) untuk mengawal kadar gula dalam darah. Walaubagaimanapun adalah perlu bagi pesakit-peakit DM untuk menjaga pemakanan mereka. Jangan pantang jumpa ye..Ikutlah piramid makanan dan nasihat-nasihat dari petugas-petugas kesihatan.

Banyakkan senaman untuk membakar kalori anda.

Walaubagaimanapun, peringatan bagi mereka yang sudah lama mengidap DM dan sudah ada komplikasi atau seangkatan dengannya, sebelum melakukan senaman berat, sila rujuk doktor dulu. Manalah tau kalau kita sememangnya sudah tidak 'fit' untuk senaman berat. Takut kena penyakit lain pulak nanti.

3. DM Kehamilan ( Gestational DM@ GDM)



Semasa hamil berlaku perubahan dalam sistem endokrin badan yang menyebabkan insulin menjadi kurang sensitif. Ini menyebabkan paras gula dalam darah akan meningkat. Ibu hamil akan disaring untuk GDM sekiranya:
1. Mempunyai sejarah DM dalam keluarga
2.Pernah mempunyai GDM semasa kehamilan lalu
3. Sejarah melahirkan bayi berat > 4 kg
4. Maternal Obesity
5. Umur ibu > 40 tahun
6. Ibu mempunyai sejarah HPT

Ibu GDM akan di awasi paras gula dalam darah secara berkala. Adalah penting bagi ibu untuk mengawal paras gula semasa hamil untuk mengelakkan komplikasi kepada ibu dan bayi. 



Dan ...bayi juga boleh mendapat risiko akibat obesity sama seperti orang dewasa.



Kesimpulannya, DM walau apa jenis pun amatlah berkait dengan gaya hidup kita. 

Gejala DM



So...wake up all...lead a healthy life!!!!


Disclaimer:


All content provided on this "http://safasafi.blogspot.com/" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of "http://safasafi.blogspot.com/" will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan