Khamis, 8 Februari 2018

CACING PITA (SCHISTOSOMIASIS)

SCHISTOSOME:IMMUNE EVASION AND VACCINATION STRATEGIES - ppt video online download

Assalamualaikum

Ni susulan arahan dari boss utk cari maklumat tentang cacing yang hidup dalam siput sebagai intermediate host. Siput2 ni hidup dalam kawasan paya. Cacing2 ni pulak perlukan siput2 utk membiak dan membesar.

Eeiii.. ngerikan?

So bila siput2 ni keluarkan najis2 dia dalam paya maka anak2 cacing ni pun bertebaran lah didalam air paya atau sungai atau loak atau apa2 je lah.

Manusia akan datang main2 dalam air tadi..seronok sangat main air.

Bila naik badan jadi gatal2..ermm macam pernah experience je huhuhu. NI namanya 'swimmers itch'.
Pastu badan jadi gatal2 merenyam dan kulit pun jadi merah2.

Sebenarnya cacing2 (larva) dah masuk dalam skin kita dan meneruskan perjalanan ke dalam salur darah sebelum finally bermastautin di lokais2 pilihan hati.

Dipendekkan cerita jangkitan cacing ni sangat la bahaya sebab ia amat sukar dimusnahkan

Oppps..btw, lupa akak nak cerita, kita orang melayu panggil cacing ni CACING PITA. Dia ada sucker yg boleh lekat kat dinding membran and stay ther for quite a while...long enough to change your normal cells into cancer.

Samal la kalo makan daging lembu atau babi yang tak masak atau tak berapa masak sebab cacing ni ada banyak sgt dalam haiwan2 ni.




Disclaimer: Sebarang artikel dalam blog ni hanya sebagai perkongsian maklumat. Tidak dibenarkan 'quote' blog ni sebagai rujukan. Sila cari artikel2 yang lebih berkualiti. Admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kesulitan yang dialami akibat dari salah faham atau penerangan yang tidak jelas.




Khamis, 30 November 2017

Blog Sendu huhuhu

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

It has been long since I last checked in this blog. Masa tak mengizinkan, well...cliche sangat kan jawapan tu. Asik2 salahkan masa. Wal 'Asr. Innal insaanalafilkhusr...' Demi masa..sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian.

Kalo nak buat, find time. cannot wait and delay.

Berapa banyak masa yang tertangguh hanya keran kita leka kepada perkara2 lagho dan tak penting pun sebenarnya. Kita abaikan ibadat keran tanggungjawab kepada keluarga, kita abaikan keluarga keran tanggungjawab kepada kerja, kita abaikan tanggungjawab kepada kerja kerana leka dengan urusan2 lain yang tak perlu buat pun.

Time management is vital. Tak kisah lah u sape. Kalo u bos besar sekali pun kalo u punya masa kelam kabut semua pun akan ke laut. Heheheh....self reminder actually.

Moral of the story, urus lah masa dengan baik, hidup teratur, hati pun senang

Image result for time

Ahad, 3 Julai 2016

Biskut Cornflakes

Biskut Cornflakes: Resepi Biskut Cornflakes yang sangat sedap. Teksturnya adalah rangup di luar dan sedikit lembut seperti kek di dalam. Anak-anak pasti menggemarinya di hari raya.

Rabu, 22 Jun 2016

Ketahui 4 Gred Utama Handbag Branded Replika




Cantik kan handbag kat ats tu.... tahukah anda ada 4 gred utama handbag brand replika??
Antaranya :

1. AAA / 3A
2. AAAAA / 5A
3. 1:1
4. Premium

Beza Setiap Gred
==============
AAA
~Gred ini biasanya bukan leather asli, guna PU (leather tiruan)
~Design kadang2 tak sama dengan design original just guna nama brand je. Means bila kita refer kat web original, sesetengah design dari AAA ni takde pun. Kadang2 original keluarkan hanya satu kaler je utk design bag tertentu tapi grade AAA ni keluarkan macam-macam kaler utk design tu.
~Range price antara RM150 - RM280

AAAAA / 5A
~ Adalah gred yang lebih baik dari AAA.
~ Semi leather atau full leather.
~Peratusan menyamai original sekitar     70% ke 80%.

1:1 (Sebutannya One to One) atau Mirror Copy 
~Gred ini materialnya sama macam design original, kulit asli, ukuran dan workmanship yang agak precise, lari sikit2 je.Kalau ori keluar kaler biru, 1:1 ni pun hanya keluarkan kalee biru sahaja.
~Peratusan sama dengan original adalah dalam lingkungan 90% - 95%.
~Range harga antara RM400 ke RM1100

Premium
~Gred yang hampir 99% -100% menyerupai original dan mengikuti latest design original.Sehinggakan kalau dustbag atau paperbag original tukar design, Gred premium ni pun akan follow.
~Range harga antara RM1699 hingga RM4999. Biasanya dalam lingkungan 70% ke 80% lebih murah dari original.

tq kpd : http://istyle-vision.blogspot.my/2015/03/ketahui-4-gred-utama-handbag-branded.html

Isnin, 9 Mei 2016

Senarai produk dikesan mengandungi bahan terlarang


Assalamualaikum olls,

Kala ni, banyak sungguh rancangan yang ditaja oleh produk-produk kecantikan. Rasa teruja bila tengok model2 iklan punya kulit flawless gitu. Akak pasti ramai kaum2 ibu yang teruja untuk mencuba produk2 ni, Maklum la sape tak nak cantik. Cik abang pun naik geram.

Dalam keghairahan kita tu harap semua pihak berhati2. Baik pengguna, penjual,pengilang dan semua stakeholders dalam industri ni. Harap lebih bertnggungjawab. Jangan kerana ghairah nak kaut untung, kesihatan pengguna diabaikan. Pengguna sebagai pihak end user wajib berhati2 beribu-ribu kali sebelum mencuba sebarang produk.

Ingat!!! Kesihatan tanggungjawab and sendiri. Jangan jadikan diri anda bahan ujikaji orang2 yg tamak dan tidak bertanggungjawab. Yang paling risau bila anak2 gadis dah pandai mintak nak pakai collagen. Waduh!!! Ibunya pun tak pakai. Dok mikir keberkesanan dan kesan sampingan produk2 nih. Ye lah..mungkin org pakai ok bila kita pakai dapat side effect pulak.

Sorry la anak ku sayang....If I wouldn't dare , I won't let you.


Senarai produk kosmetik yang dikesan mengandungi bahan terlarang

Rabu, 13 April 2016

The hot weather

Assalamualaikum..

Hmm..dah dekat setahun tak jengok blog ni. Asal nak taip je..cancel..nak taip je.... cancel....
Sudahnye terbiar as a draft jek sampai la. Haahaahaha...memang hangat2 najis ayam je aku ni.

Well, beberapa minggu kebelakangan ni cuaca amat panas. Kami sekeluarga terasa kesannya ( of course semua pun rasa gitu). Bukan apa...3 minggu kebelakangan ni kami anak beranak berturut demam, sakit tekak, batuk. And to make it clear, demam kali ni memang beza dengan episod2 sebelum ni.

Myself, kalo setakat demam biasa selalunya i can just ignore and will get better after 24 hours ( I believe in controlling my own body and mind  hahaaha..can u believe that???). But this time, I just cannot. Demam ni buat aku shiver and very weak. Tak boleh nak fokus on my thesis write up. So...almost a week jugak la aku cuma baring tido. Nak masak pun x dapek. Ini time la makan nasi bungkus aje ye anak-anak sekalian.

Paling kesian kat Nur. My sweet little daughter. A week of high fever. Initially I thought it was a mere viral fever dengan complaint of body ache, headache plus Full Blood Count showed viral infection. Tapi after 5 days, fever  tak settle. Aishh..ni tak boleh jadi. 4 hari tak pegi sekolah ni. Kesian kat Nur. Then I decide to start antibiotics. Since Nur ni aku jarang bagi antibiotic since she was small, I just started Amoxycillin for her.

ALhamdulillah after 3rd dose, fever settling down. Tapi masa Nur start settle down tu aku pulak demam. Adoss!!! Same character of fever , bodyache and headache. FBC pun same features as Nur. Lepas tu Anis pulak followed by my husband. Adoi..mujur Anis my little 2 year old gigirl is a strong baby..Her fever settled down after 3 days. Paling parok Che Mat la...demam over  a week. Kesian dear.

I believe the hot weather contributed so much to the illness. Of course plus common respiratory infection yang selalunya akan meningkat insidennya bila cuaca kering macam ni. Most commonly affected are young children, old people, labourers, those yang kerjanya selalu kat luar tu and exposed to direct sunlight. So, becareful ye..lindungi diri..pakai pakain yang sesuai, minum banyak air.

Temerloh adalah antara tempat yang mencatatkan suhu paling panas di Malaysia. 2 hari lepas anak2 ni dapat pelepasan sekolah. Tak payah pergi sekolah sebab cuaca panas sangat dan mencatatkan suhu melebihi 37 darjah Celcius 3 hari berturut-turut. So..bila suhu persekitaran dah sama dengan body temperature..agak2 macamana body kita akan react?

Kebun pisang pun jadi kering kontang. Daun jadi kuning, tumbang sebab tak kuat. tak sempat nak kutip hasil. Dah la asyik kena curi je. hei..parok..parok.

Apa2 pun kami redha dengan semua ujian ni. Moga ada hikmah disebalik semua musibah ini. Aaamiin..







Wassalam