Khamis, 5 Mac 2015

Kesan-kesan Diabetes Mellitus

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Dalam entri sebelum ni, kita dah cakap pasal Diabetes Mellitus. Itu kira macam bab pengenalan la kan. Seboleh mungkin, penerangan akan dipermudahkan supaya mudah difahami. Bila kita dah faham asas penyakit tu baru lah kita memahami apa yang berlaku pada diri kita ni. Harap-harap kita akan lebih menyayangi diri kita dan kalau dah ada DM pun kita akan lebih patuh kepada rawatan. Kalau tak faham ada kemungkinan kita tak menghayati kepentingan rawatan penyakit itu terhadap kesihatan kita.

Yang lebih baik ialah kita mencegah sebelum kena. kalau dah kena, cegah sebelum parah. Apa-apa pun jangan putus harap...there will always hope. Seperti yang kita semua tahu DM adalah penyakit mempunyai berbagai komplikasi.

Secara amnya, kerosakan akibat DM terbahagi kepada kerosakan salur darah makro ( besar) dan salur darah mikro (kecil). Ringkasnya, salur darah makro ialah salur darah yang keluar atau masuk dari organ manakala salur darah mikro ialah salur darah yang keluar atau masuk dari sel atau tisu. Umumnya, kerosakan kepada salur darah jantung akan mengakibatkan sakit jantung, kerosakan salur darah ke otak akan menyebabkan strok.



Ni satu lagi diagram..kasi lebih paham. Kalau tak faham...tanya,ok?



Pendek kata DM ni berpotensi merosakkan seluruh tubuh kita melalui kerosakan salur darah.

Sering, pesakit DM akan berkait rapat dengan Hypertension aka darah tinggi. Lama kelamaan, Sakit jantung pun menyerang. Salur darah jadi tersumbat, menyebabkan aliran darah menjadi sempit dan meninggikan tekanan dalam salur darah tersebut.


Lama kelamaan jantung akan kekurangan bekalan darah menyebabkan ada antara otot-otot jantung yang mengalami kekurangan oksigen. Keadaan ini diterjemahkan dengan pesakit mengalami sakit dada. Dalam keadaan kekurangan oksigen yang sangat rendah, otot-otot ini boleh mati dan pesakit mengalami serangan jantung.

Image result for atherosclerosis causes


 DM yang tidak terkawal juga akan merosakkan buah pinggang. Sebab itu saringan atau ujian darah berkala amat perlu bagi pesakit DM. Tujuannya ialah supaya sebarang kerosakan pada organ dan sistem badan kita dapat dikesan awal dan intervensi dapat dilakukan lebih awal sebelum kerosakan lebih teruk berlaku.

Kerosakan pada buah pinggang akan menyebabkan  buah pinggang hilang keupayaan menapis seperti sepatutnya. Molekul protein akan keluar melalui air kencing dan imbangan pH dan metabolit lain dalam darah akan terganggu. Akibatnya badan pesakit menjadi sembab dan lesu. Kerosakan yang kronik akan memerlukan pesakit menjalani proses cuci darah yang dipanggil hemodialisis.



Image result for kidney failure



Sekiranya salur darah yang rosak melibatkan salur darah di otak, agak-agak apa yang boleh berlaku?



Kawasan otak yang kekurangan bekalan darah akan juga kekurangan oksigen untuk berfungsi. Sel-sel yang terlibat akan gagal berfungsi seperti biasa atau mati. Memandangkan otak merupakan organ yang mengawal aktiviti seharian kita, maka sel-sel yang mati atau rosak akan menyebabkan bahagian yang dikawalnya tidak boleh berfungsi. Contoh jika sel otak yang mengawal tangan atau kaki yang terlibat, maka tangan atau kaki akan menerima kesan dari keadaan ini.



Gambar di atas ialah contoh bahagian badan yang terlibat sekiranya sel-sel otak mengalami strok.

Jika anda pernah lihat, pesakit-pesakit DM mempunyai warna kulit yang kusam dan gelap dan berkudis. Kenapa ini berlaku?

Image result for dermatopathy DM



Kerosakan saraf terutamanya saraf-saraf kecil. Keadaan ini menyebabkan pesakit -pesakit DM merasa kebas dan kurang sensitif kepada rangsangan. Di kaki, situasi ini akan menyebabkan pesakit mudah mendapat luka di kaki. Kadar glukos yang tinggi menerukkan lagi keadaan itu. Luka lambat sembuh dan mudah terkena jangkitan sekunder.

Image result for foot ulcer diabetes
Dalam keadaan yang serius, kaki yang rosak akan di potong ( amputasi).






Image result for foot ulcer diabetes amputation
 Pesakit DM juga perlu menjalani ujian berkala bagi memeriksa keadaan mata mereka. Ini kerana pesakit DM boleh mengalami kerosakan mata  akibat paras gula yang tinggi.

Image result for retinopathy DM      Image result for retinopathy DM


Nota: seboleh mungkin penerangan diberi menggunakan ayat-ayat yang mudah difahami. Diharapkan semoga maklumat yang diberikan dapat memberi manfaat kepada semua



All content provided on this "[ http://safasafi.blogspot.com/]" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.
The owner of [http://safasafi.blogspot.com/ ] will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan