Khamis, 28 Mei 2015

Herd Immunity





Beberapa bulan kebelakangan , terdapat beberapa kes penyakit berjangkit yang melibatkan virus atau bakteria yang dulunya jarang didengar , sekarang dah boleh jadi wabak. Keadaan ini sangat membimbangkan kita kerana jangkitan seperti ini jika dibiarkan boleh menyebabkan komplikasi yang amat serius terutama kepada kumpulan yang berisiko seperti bayi  dan kanak-kanak.

Sejarah Vaksin

Tentu ramai yang pernah dengar akan nama Edward Jenner ( 1749-1823). Beliau merupakan saintis pertama yang dikatakan menemui vaksin kepada penyakit smallpox pada tahun 1796. Hasil ekperimen beliau , Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( World Health Organization) telah mengisytiharkan bahawa penyakit smallpox telah dapat   EDWARD JENNER                                dihapuskan secara total.

Semenjak itu berbagi jenis vaksin lagi telah dihasilkan bagi memerangi penyakit-penyakit berjangkit di mana jangkitan penyakit-penyakit ini mampu menyebabkan kecacatan , kemudaratan atau paling teruk kematian.

Keadaan semasa

Di Malaysia, program imunisasi kanak-kanak telah dilaksanakan sejak berpuluh tahun lamanya dan telah dimanfaatkan oleh berjuta-juta kanak-kanak di negara ini.Antara imunsasi yang dijalankan di Malaysia termasuk Polio, Rubella, DPT-HiB, measles, mumps dan yang terkini HPV ( Human Papilloma Virus) bagi remaja perempuan berumur 13 tahun. Program imunisasi dijalankan dalam rutin pemeriksaan kanak-kanak di klinik-klinik terdekat. Dan ianya adalah PERCUMA di klinik-klinik kerajaan.

Imunisasi secara mudahnya akan merangsang tubuh seseorang untuk menghasilkan sistem pertahanan yang boleh melawan kuman tertentu sekiranya masuk ke dalam tubuh seseorang. Ini berbeza sekiranya seseorang tiada pertahanan badan untuk melawan kuman tersebut di mana orang itu dianggap tidak bersedia untuk menghadapi jangkitan. Kemungkinan besar jangkitan yang dihadapi oleh individu yang tiada persediaan ini akan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan komplikasi.

Adalah penting untuk sesuati komuniti mengekalkan imuniti Herd pada kadar ditetapkan bagi mengelakkan wabak berlaku di dalam komuniti itu.Apakah itu Herd Immunity?

Secara mudahnya, Herd Immunity itu adalah suatu keadaan dimana sebilangan besar penduduk adalah kebal kepada sesuatu jangkitan. Kekebalan ini secara tak langsung akan melindungi kumpulan atau individu yang tiada pertahanan kepada jangkitan tersebut dan jangkitan tidak dapat merebak.


What is HERD Immunity





Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memelihara kesihatan masyarakat atau komuniti yang kita tinggal didalamnya. Janganlah keran pendapat peribadi yang tidak ada asas kukuh dan hanya bersandarkan sentimen-sentimen tertentu, kita menidakkan hak individu lain yang juga berhak untuk hidup dengan sihat dan sejahter.

Fikirkanlah!!!HERD IMMUNITY



Tiada ulasan:

Catat Ulasan