Khamis, 28 Mei 2015

Herd Immunity





Beberapa bulan kebelakangan , terdapat beberapa kes penyakit berjangkit yang melibatkan virus atau bakteria yang dulunya jarang didengar , sekarang dah boleh jadi wabak. Keadaan ini sangat membimbangkan kita kerana jangkitan seperti ini jika dibiarkan boleh menyebabkan komplikasi yang amat serius terutama kepada kumpulan yang berisiko seperti bayi  dan kanak-kanak.

Sejarah Vaksin

Tentu ramai yang pernah dengar akan nama Edward Jenner ( 1749-1823). Beliau merupakan saintis pertama yang dikatakan menemui vaksin kepada penyakit smallpox pada tahun 1796. Hasil ekperimen beliau , Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( World Health Organization) telah mengisytiharkan bahawa penyakit smallpox telah dapat   EDWARD JENNER                                dihapuskan secara total.

Semenjak itu berbagi jenis vaksin lagi telah dihasilkan bagi memerangi penyakit-penyakit berjangkit di mana jangkitan penyakit-penyakit ini mampu menyebabkan kecacatan , kemudaratan atau paling teruk kematian.

Keadaan semasa

Di Malaysia, program imunisasi kanak-kanak telah dilaksanakan sejak berpuluh tahun lamanya dan telah dimanfaatkan oleh berjuta-juta kanak-kanak di negara ini.Antara imunsasi yang dijalankan di Malaysia termasuk Polio, Rubella, DPT-HiB, measles, mumps dan yang terkini HPV ( Human Papilloma Virus) bagi remaja perempuan berumur 13 tahun. Program imunisasi dijalankan dalam rutin pemeriksaan kanak-kanak di klinik-klinik terdekat. Dan ianya adalah PERCUMA di klinik-klinik kerajaan.

Imunisasi secara mudahnya akan merangsang tubuh seseorang untuk menghasilkan sistem pertahanan yang boleh melawan kuman tertentu sekiranya masuk ke dalam tubuh seseorang. Ini berbeza sekiranya seseorang tiada pertahanan badan untuk melawan kuman tersebut di mana orang itu dianggap tidak bersedia untuk menghadapi jangkitan. Kemungkinan besar jangkitan yang dihadapi oleh individu yang tiada persediaan ini akan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan komplikasi.

Adalah penting untuk sesuati komuniti mengekalkan imuniti Herd pada kadar ditetapkan bagi mengelakkan wabak berlaku di dalam komuniti itu.Apakah itu Herd Immunity?

Secara mudahnya, Herd Immunity itu adalah suatu keadaan dimana sebilangan besar penduduk adalah kebal kepada sesuatu jangkitan. Kekebalan ini secara tak langsung akan melindungi kumpulan atau individu yang tiada pertahanan kepada jangkitan tersebut dan jangkitan tidak dapat merebak.


What is HERD Immunity





Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memelihara kesihatan masyarakat atau komuniti yang kita tinggal didalamnya. Janganlah keran pendapat peribadi yang tidak ada asas kukuh dan hanya bersandarkan sentimen-sentimen tertentu, kita menidakkan hak individu lain yang juga berhak untuk hidup dengan sihat dan sejahter.

Fikirkanlah!!!HERD IMMUNITY



Ahad, 10 Mei 2015

Mewah makan vs tak cukup makanan



Assalamualaikum wbt / Salam sejahtera

Rakyat Malaysia memang mewah makan... pagi..brunch..lunch..tea..dinner...supper.  Tu dia..6 kali makan beb. Tapi adakah semua masa makan tu perlu? Pada pandangan koi, kita perlu la berpada-pada makan. Ingat sikit orang lain yang x dapat makan atau struggle untuk dapatkan makanan. Insaf sikit ye.



Baru-baru ni koi terkejut baca Utusan Malaysia klik sini. Rupanya rakyat Malaysia ni suka membazir. Artikel tu sebut rakyat Malaysia membuang kira-kira 33,000 tan metrik sampah sehari. Separuh dari sampah itu adalah makanan. I was like ...'what???' . Unbelievable,kan?  Dan , sampah yang dibuang tu boleh memberi makan kepada 6 juta orang. bayangkan!!!

Islam tak suka umatnya membazir. Ingat tu....

Rakyat Malaysia dilaporkan membuang 33,000 tan metrik sampah setiap hari. Separuh daripadanya merupakan sisa makanan. Jumlah sisa makanan yang dibazirkan itu dikatakan boleh menjadi makanan untuk enam juta orang.
Data ini secara langsung menun­jukkan sikap suka membazir dalam masyarakat. Ini bukanlah sikap yang baik. Seorang Muslim tahu bahawa sikap membazir adalah sia-sia dan amat dibenci Allah SWT.

Sinar Harian



Bandingkan keadaan kita dengan penduduk yang negara mereka mengalami musibah dan kekurangan makanan.

Image result for kekurangan makanan somalia

Image result for kekurangan makanan somalia


All content provided on this "[ http://safasafi.blogspot.com/]" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.
The owner of [http://safasafi.blogspot.com/ ] will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

My baby got eczema

Assalamualaikum,

Today 10th may, my dear Anis Safiyyah binti Ahmad turn 1. Happy birthday sayang..cupcupcup..mummy loves you. Mummy doakan Anis berjaya dunia akhirat, jadi anak yang solehah ye sayang.

tapi sedih sikit sebab pipi Anis naik ruam susu semula. Dah lebih sebulan symptom free. Tetiba je ada balik. sobsob sedih mummy nengok pipi sayang mummy ni. Mungkin mummy salah makan, maklum Anis masih susu badan. Mummy pun x perasan apa yang mummy dah makan. Sorry ye sayang.

Kulit Anis memang sensitif..sangat..sangat sensitif. Panas sikit naik ruam tak boleh berpeluh. mesti naik ruam especially kat bawah leher, bahu, belakang. Kat punggung pun ada.






Heheh...yang atas tu bukan gambar Anis ye,,ntah anak sape tapi nak illustrate yang simptom Anis sebijik macam tu.

What I did??

Selalunya untuk prickly heat rash macam gambar atas tu I cuma pakaikan loose fittings je..biar berangin and kurang berpeluh. kalo teruk sangat I apply Hydrocortisone nipis-nipis. Selalunya rash akan kurang after 1 or 2 application. then stop. I x berani letak hydrocortisone lama2 maklum bimbang side effect steroid especially on baby delicate skin. Lepas mandi sapu moisturizer kat badan Anis kasi kulit lembab. kalo kulit kering dia cepat garu. Habis luka2 kulit Anis. Which moisturizer to choose? Personally I prefer Olive Oil. Natural and Pure. Bukan yg mixed dengan perfume atau campur dengan other oil.

Kalo nampak tebal sangat and Anis tak selesa then I would apply Hydrocortisone nipis-nipis. Macam I cakap tadi la, steroid is not without side effect. especially on baby delicate skin.

Ada juga babies yang ada allergic to cows milk ( kalo menyusu susu formula ) so kena tengok2 balik susu apa yang anak kita minum atau tukar susu dengan jenama lain. Also baby mungkin alah dengan makanan yang kita bagi kat dia. So kena extra careful sebelum suap anak2 comel ni. Kalo menyusu badan, mummies kena la hati-hati apa yang kita makan, okey?

Nota: Sila berjumpa dengan doktor untuk khidmat nasihat dan rawatan sekiranya anak anda mempunyai simptom yang sama

All content provided on this "[ http://safasafi.blogspot.com/]" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.
The owner of [http://safasafi.blogspot.com/ ] will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.