Sabtu, 28 Februari 2015

STEVIA

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,

Pernahkah anda mendengar tentang STEVIA?

Stevia adalah sejenis pokok herba yang berasal dari Paraguay dan telah digunakan secara tradisional sejak 1500 tahun yang lalu sebagai pemanis dalam makanan dan minuman.. Memiliki nama saintifik STEVIAREBAUDIANA, tumbuhan ini terbukti membantu dalam mengurangkan kadar gula dalam darah atas sifatnya yang tiada kalori. Dengan kadar kemanisan yang 300 kali ganda berbanding gula biasa, ia sangat sesuai digunakan dalam  hampir semua jenis makanan dan minuman. 

 Pokok Stevia

Stevia juga dikatakan membantu menurunkan tekanan darah, melawaskan kencing, anti bakteria. anti-fungus, anti-virus, dan merawat luka-luka kecil. Steviosid, iaitu kandungan utama tumbuhan ini yang memberi rasa manis telah terbukti tidak mengandungi toksik. Oleh yang demikian ia baik untuk membantu mengawal kadar gula dalam darah dan menurunkan tekanan darah.

KELEBIHAN STEVIA


  1.  Mengimbangkan kandungan gula dalam tubuh badan.
  2. Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan.
  3. Melicin dan memutihkan kulit serta awet muda.
  4. Sebagai pemanis semulajadi, sesuai untuk semua peringkat umur lelaki dan perempuan.
  5. Membantu menurunkan kadar gula dalam darah (sesuai untuk pesakit Diabetes dan Hypoglycemia).
  6. Membantu menurunkan tekanan darah.
  7. Membantu sistem penghadaman badan.
  8. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
  9. Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan (Obesiti).
  10. Melawaskan pembuangan air kecil.
All content provided on this "[ http://safasafi.blogspot.com/]" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.
The owner of [http://safasafi.blogspot.com/ ] will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.



Jumaat, 27 Februari 2015

GULA oh GULA!!!!



Assalamualaikum wbt,

Salam sejahtera ,

Tentu ada dikalangan kita atau famili yang mengidap penyakit kencing manis atau darah tinggi. Ada yang terkawal dan mungkin ada yang susah dikawal walau bermacam ubat dah ditelan. Faktor utama yang menggalakkan kehadiran penyakit2 ini bermula dengan pemakanan yang tidak terkawal. Kita disogok dengan makanan yang terlebih khasiat  seperti makanan/minuman ringan, makanan/minuman segera dan bermacam-macam tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Makanan tinggi gula dalam pemakanan kita dizaman moden ini memudahkan kita dihinggapi penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti itu. Sedihnya, masih ada yang tidak mengambil kisah dengan pemakanan mereka walau telah dinasihatkan oleh anggota-anggota perubatan.

Sebelum kita menyelami penyakit ini mari kita berkenalan dengan gula..penyebab banyak jenis penyakit jika tidak diambil dengan kadar yang sepatutnya



Gula adalah satu istilah bagi sekelas kristal karbohidrat yang boleh dimakan, terutama sukrosalaktosa, dan fruktosa[1] dicirikan oleh suatu rasa manis. Di dalam makanan, gula kebanyakan dirujuk hampir-hampir ekslusif merujuk kepada sukrosa, yang utamanya datang dari Gula tebu dan gula bit (http://ms.wikipedia.org/wiki/Gula)  .



Struktur Kimia bagi gula

Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga1,619 kJ (387 kcal)
Karbohidrat99.98 g
Gula99.91 g
Serabut diet0 g
Lemak0 g
Protein0 g
Air0.03 g
Riboflavin (vit. B2)0.019 mg (2%)
Kalsium1 mg (0%)
Besi0.01 mg (0%)
Kalium2 mg (0%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Nilai pemakanan bagi gula ( per 100g ). 

Perhatikan nilai tenaga bagi 100g bersamaan 387kcal. Membawa maksud nilai tenaga bagi 10g bersamaan 38.7kcal. Satu sudu teh bersamaan dengan 5g. 
WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).

Anda boleh mengira jumlah kalori yang diperlukan oleh anda melalui link ini 


APAKAH CORAK PENGAMBILAN GULA DI MALAYSIA?

  • Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan gula yang ditambah dalam minuman di kalangan orang dewasa ialah sebanyak 7 sudu teh sehari (51g) iaitu 4 sudu teh (21g) gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis.

  • Berdasarkan jumlah penduduk seramai 28.31 juta pada tahun 2009 dan pengedaran gula domestik sebanyak 806,381.88 metrik tan, pengambilan gula per kapita sehari pada tahun 2009 adalah 78 gram atau 16 sudu teh sehari atau 16% daripada keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa. Jika dicampurkan gula domestik dan gula industri iaitu 1,281,183.04 metrik tan pada tahun 2009, pengambilan gula per kapita sehari adalah 124 gram atau 25 sudu teh sehari atau 25% daripada keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa.





APAKAH KESAN PENGAMBILAN GULA SECARA BERLEBIHAN?

􀂾 Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.

􀂾 Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangka masa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.

􀂾 Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).

􀂾 Prevalens pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun juga telah meningkat daripada 6.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).

􀂾 Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).



TIPS MENGURANGKAN GULA

1.   Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial.

2.  Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

3. Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.

4. Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.

5. Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.

6. Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.

7. Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

8. Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.

9. Periksa kandungan gula dalam label minuman.

10. Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

Sumber: http://www.jknselangor.moh.gov.my/documents/pdf/infopdf/1GULA.pdf



Selain itu, suka saya mencadangkan beberapa perkara tambahan dalam usaha meningkatkan tahap kesihatan kita.

1. Menjalankan ujian berkala ( contoh: setahun sekali). Ujian yang dimaksudkan adalah seperti tekanan darah, gula darah, kolesterol, buah pinggang, hati dan sebagainya. Anda boleh memohon menjalankan ujian-ujian saringan tersebut di klinik-klinik kerajaan berhampiran, makmal swasta ( berbayar) , klinik-klinik swasta ( berbayar) dan kem kesihatan yang dijalankan di kawasan kejiranan anda ( anda boleh memohon kem-kem kesihatan dilakukan di kawasan anda melalui pertubuhan atau persatuan-persatuan yang anda sertai. Sila berhubung dengan pegawai yang berkenaan di Pejabat Kesihatan Daerah anda untuk maklumat lanjut.

2. Sebagai usaha tambahan, bagi yang beragam Islam, amat sesuai jika mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis. Selain mengurangkan pengambilan kalori dan merehatkan tubuh, puasa juga dapat meningkatkan sensitiviti insulin yang akan membantu tubuh menjalankan proses metabolisme glucose. 

3. Mengamalkan makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. 

4. Mengelakkan pengambilan makanan ringan atau junks antara masa makan.

5. Berhenti mengunyah gula getah atau gula-gula.

"Kesihatan kita, Tanggungjawab kita"

Jumpa lagi!!!








All content provided on this "[ http://safasafi.blogspot.com/]" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of [http://safasafi.blogspot.com/ ] will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.